Zam-zam.my mengorak langkah memperhebat cara menguji keaslian air zamzam, kali ini menggunakan Penguji PH (PH Tester). Apa tujuannya? Agar wakil Zam-zam.my sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi memastikan air zamzam yang diambil benar-benar asli. Tanggungjawab kami sebagai pembekal.
Apa itu Penguji PH (PH Tester)?
Penguji PH ialah alat untuk menguji cecair samada bersifat asid, neutral atau alkali ditunjuk melalui bacaan digital.
Bacaan asid 1-6, neutral 7 dan alkali 8-14.
Berapa bacaan PH air zamzam?
Air zam zam merupakan air mineral yang beralkali. Bacaan PH air zamzam adalah antara 8-9. Lihat ujikaji yang kami jalankan antara air zamzam dan air mineral:
Bacaan PH air mineral 7, neutral
Bacaan PH air zamzam 8.3, alkali
Dengan kombinasi PH tester, mineral tester dan TDS tester, perbezaan ketara dapat dilihat jika air zamzam diuji dan dibandingkan dengan air lain seperti air mineral, air kosong, air paip, air suling, air reverse osmosis dan air kangen.