Untuk pengetahuan anda, air zam zam adalah penghulu segala air di mana manfaat meminumnya adalah sangat baik berbanding air–air yang lain. Air zam zam mengandungi gizi yang seimbang dan boleh di katakan sebagai makanan lengkap berbanding hanya sekadar ‘minuman’.
Antara keajaiban air zam zam yang paling menonjol adalah kebolehan air zam zam untuk bertindak balas berdasarkan niat anda atau doa anda ketika meminumnya. Jadi, antara doa yang anda boleh baca ketika meminum air zam zam supaya anda dapat berkat dariNya adalah:
Doa pertama
Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit
Doa kedua
Baca Alfatihah dengan yakin. Kemudian minum air zam zam. Ramai telah mencuba amalan ini dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana ia telah menyembuhkan banyak penyakit. Ada cerita di mana seorang pemuda sedang demam panas yang teruk. Kemudiannya dia mengambil air zam zam dan membaca Alfatihah sebelum meminumnya. Hasilnya dia kembali sihat dan mempunyai kesihatan yang sempurna.
Doa Ketiga
Baca bismillah dan seterusnya doa mengikut hajat atau niat anda. Contohnya anda ingin menuntut ilmu, doalah supaya hati anda terang untuk menerima ilmu dari Allah Taala. Selesai berdoa, anda minum air zam zam dengan tenang. Ketika ada mengambil nafas, anda doa lagi pada Allah Taala. Selain itu, niat di dalam hati bahawa anda inginkan hajat anda tertunai kerana Allah Taala.
Amalan doa ini adalah yang paling mudah tetapi ramai yang Allah kurniakan hajat mereka dengan amalan doa mudah ini. Untuk lebih menyenangkan anda, fikirkan apakah perkara yang anda ingin hajatkan pada Allah Taala melalui air zam zam yang Dia beri kepada anda. Kemudian baca doa dengan tenang dan relaks.
sumber: airzamzam.my