Selain terdapat Ka’bah yang menjadi pusat ibadah umat muslim dari seluruh dunia, Mekah juga memiliki air zamzam yang dianggap sebagai air yang suci dan ajaib. Zam-zam sendiri merupakan sumber mata air yang berada di sekitar kawasan Masjidil Haram. Tepatnya berada di sebelah bahagian Tenggara Ka’bah.
Data data yang diambil oleh para saintis, kedalaman telaga air zam-zam mencapai 42 meter yang pada awalnya ditemukan oleh istri Nabi Ibrahim (AS) alaihi salam bernama Siti Hajar. Isteri dan anaknya yang saat itu masih kecil ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di Mekah atas perintah dari Allah.
Hari berganti hari, persediaan makanan dan minuman yang dimiliki oleh Siti hajar dan anaknya iaitu Ismail sudah habis. Ismail kecil pun kemudian menangis meronta-ronta menandakan lapar dan kehausan. Melihat anaknya yang tengah menangis tersebut, Siti Hajar kemudian mencari air ataupun makanan yang boleh dia dapat dengan cara berlari ke sana dan ke sini dari bukit Safa ke bukit Marwah yang kini dikenali sebagai rukun ibadah haji yakni Sa’i.
Ismail terus sahaja menangis dan kakinya meronta-ronta di panasnya gurun pasir dan Subhaanallah, sebuah keajaiban berlaku. Pada waktu itu juga muncul mata air dari pasir di bawah kaki Ismail (AS) alaihi Salam dan akhirnya keduanya pun tidak mengalami kehausan.
Boleh kita bayangkan bagaimana mungkin ada sumber mata air yang mengalir terus menerus di tengah padang pasir yang tandus? Subhaanallah, itu merupakan sebuah keajaiban yang telah Allah nampakkan kepada hamba-hambaNya.
Keunikan dari air zamzam tak hanya mampu mengalir terus menerus tanpa pernah kekeringan walaupun setiap hari terus dipam untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan umrah dari pelbagai negara, namun keunikan lain adalah sistem kawalan yang luar biasa sehingga walaupun dapat mengalir terus menerus, air zam-zam tidak melimpah dari telaganya. Bahkan para saintis menyimpulkan bumi boleh tenggelam dengan pancaran air zam-zam yang deras tersebut.
Dari hasil kajian menunjukkan permukaan air zam-zam berada sekitar 10.6 kaki di bawah permukaan tanah. Dengan kadar penyedutan 8 ribu liter per saat, setelah 24 jam, permukaan air zam-zam akan turun menjadi 44 kaki di bawah permukaan tanah.
Namun keanehannya adalah setelah penyedutan berhenti, permukaan air zam-zam akan naik menjadi 13 kaki di bawah permukaan tanah dalam masa hanya 11 minit sahaja.
Kiraannya seperti ini:
1 hari = 24 jam x 60 minit x 60 saat = 86,400 saat
Jadi total air zam-zam yang diambil adalah 8 liter x 86,400 saat = 691.2 juta liter dalam satu hari.
Namun telaga akan terisi kembali hanya dalam waktu 11 minit saja. Subhaanallah!
Dari kajian tentang air zam-zam tersebut, terdapat dua kebesaran Allah SWT yang nampak jelas dan sungguh luar biasa iaitu telaga zam-zam kembali penuh hanya dalam kiraan minit dan kawalan luar biasa oleh Allah pada telaga zam-zam sehingga jika dihitung kiraan matematik akan membuat dunia menjadi tenggelam kerananya.
Pemberian nama Zam Zam sendiri memiliki arti “Berhenti” dan telah Allah janjikan tidak akan habis hingga akhir dunia.
Sahabat, semoga fakta tentang air zam-zam tersebut menyedarkan kita tentang betapa besarnya kekuasaan Allah dan nampak jelas di depan mata. Jadi kenapa kita masih membantah perintahNya?
Wallahu A’lam
sumber: kabarmakkah.com