Assalamualaikum wbt,
Ramai customer yang ambil air zamzam dari wakil Zam-Zam.my bertanya apabila kami berikan kotak coklat lebih kurang begini:
“Bukan kotak air zam zam warna putih ke?”
Ya, itulah soalan yang kerap ditanya. Bukan apa, bila tengok kotak warna selain putih, mulalah customer (especially customer first timer) berasa risau dan mungkin persoalkan keaslian air zamzam tersebut.
Ini jawapan Zam-Zam.my:
Kami telah mengedarkan, membekalkan, memborongkan air zamzam sejak tahun 2013 dan telah berurusan dengan beberapa pembekal dari pelbagai syarikat, dan berdasarkan pengalaman kami, memang terdapat banyak jenis kotak, warna putih berlabel, putih plain, putih dengan anak panah, coklat dengan anak panah merah atau hitam dan coklat plain. Tetapi botol didalamnya semua sama sahaja.
Mengapa ini berlaku?
Kerana air zam zam dibotolkan dalam kilang yang sama, dan sepatutnya hanya satu jenis botol air zamzam yang dikeluarkan iaitu bulat. Walaubagaimanapun, kotak disediakan oleh pelbagai syarikat luar yang menguruskan transportasi ke negara masing-masing atau urusan umrah jemaah negara masing-masing, dan lain-lain.
Dengan jawapan di atas, kami berharap pengguna faham mengapa air zamzam yang dibekalkan, dikotakkan dengan beberapa warna dan design.
Apa yang penting? Kami di Zam-Zam.my uji keaslian air zamzam menggunakan mineral tester secara rawak sebelum diedarkan kepada pengguna.
Terima kasih,
Akhi Muhaimin
Email: muhaimin@zam-zam.my
Call / SMS / Whatsapp: +6012 230 2158
Website: http://zam-zam.my
Facebook: http://www.facebook.com/PengedarAirZamZam