Assalamualaikum wbt,
Zam-Zam.my kini memperhebatkan lagi teknik pengujian ketulenan dan keaslian air zamzam dengan menambah set penguji TDS menggunakan TDS Tester brand Xiaomi.
Apa itu Penguji Air TDS?
TDS Meter ialah alat untuk mengukur partikel padatan terlarut di dalam air yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Air adalah molekul yang paling banyak ada di alam. Bahkan tubuh manusia sendiri terdiri dari sekitar 80% air. Tapi tahukah kita bahwa kualiti air itu berbeza? Tujuan alat ini adalah untuk mengukur kualiti larutan dalam air. Pengukuran ini menggunakan kaedah Electrical Conductivity, di mana dua buah probe dihubungkan ke larutan yang akan diukur, kemudian dengan tindakbalas pemprosesan sinyal akan mengeluarkan output yang menunjukkan besar konduktiviti larutan tersebut, yang jika dikalikan dengan faktor conversion maka akan kita dapatkan nilai kualiti air tersebut dalam TDS atau PPM.
TDS (Total Dissolved Solid) atau jumlah total larutan padat yang terkandung dalam air. Air minuman mengandungi partikel yang terlarut yang tidak boleh dilihat oleh mata, berupa partikel padatan (seperti kandungan logam contohnya Besi, Aluminium, Tembaga dan lain-lain), dan juga partikel tidak padat seperti mikro organisma.
Salah satu cara untuk mengukur TDS adalah menggunakan alat yang disebut sebagai TDS meter. Alat ini boleh mengukur berapa jumlah padatan yang terlarut didalamnya dalam satu ppm (mg/L) yang ditunjukkan berupa angka digital di paparannya. Cara kerja alat ini adalah dengan cara mencelupkan ke dalam air yang akan diukur (kira-kira kedalaman 5cm) dan secara automatik dalam 3 saat alat tersebut akan menunjukkan bacaannya.
Seperti biasa, kami menguji dan melihat bacaan menggunakan beberapa sampel air iaitu: air paip, air masak, air mineral dan air zam zam sendiri. Berikut adalah beza bacaan menggunakan TDS Tester
Bacaan TDS air paip / air masak: sekitar 70-80 PPM
Bacaan TDS air mineral: 100+ PPM
Bacaan TDS air zam zam: 300+ PPM
Ini menunjukkan air zamzam mengandungi bahan larut yang tinggi iaitu mineral. Perbezaan ketara antara bacaan air mineral biasa dan air zamzam membolehkan kita membuat kesimpulan tentang ketulenan air zamzam. Namun pada pendapat team Zam-Zam.my, TDS Meter sahaja tidak cukup untuk mengenalpasti kualiti air zamzam kerana pihak kami juga menguji air garam, bacaannya mencecah hampir 10,000 PPM! Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan kombinasi penguji iaitu Penguji Mineral (Mineral Tester), penguji TDS (TDS Tester) dan penguji PH (PH Tester).
Jika anda berminat untuk menguji air zamzam yang anda beli, boleh jumpa saya Muhaimin (012 230 2158) untuk saya demo pengujian menggunakan tester TDS dan mineral 🙂