Permohonan Pertimbangan Semula Larangan Jualan Air Zam-Zam

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,
Tuan/Puan,
Saya, Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa, salah seorang pengedar air zamzam sejak tahun 2013. Saya akur dengan larangan baru-baru ini dan patuh dengan peraturan yang ditetapkan.
Saya ingin memohon agar pihak KKM pertimbangkan semula larangan jualan dengan beberapa justifikasi seperti di bawah:
1. KATEGORI PENGGUNA AIR ZAMZAM:
Antara pelanggan-pelanggan yang membeli (perkhidmatan) air zam zam dari pihak kami:
1. Pengamal sunnah Rasulullah – pengguna ini mengamalkan peminuman air zamzam setiap hari.
2. Penghidap penyakit seperti kanser, hati, strok, kemalangan dan banyak lagi – ada yang kanser tahap 4. Ada juga yang minum air zamzam ini kerana ada gangguan.
3. Bayi dan anak kecil menggantikan susu ibu.
4. Syarikat yang menghasilkan produk kesihatan.
5. Pengedar runcit kedai makanan sunnah/kesihatan.
6. Pegguna sendiri.
7. Pelajar sekolah-sekolah biasa/tahfiz.
8. Syarikat pengurusan umrah & haji.
9. Ibu-ibu yang mengandung dan baru bersalin.
10. Warga emas yang mengamalkan setiap hari.
11. Sumbangan sempena bulan Ramadhan/Syawal.
12. Sumbangan sempena menghadapi peperiksaan.
dan lain-lain.
2. UJIAN KETULENAN AIR ZAMZAM BOLEH DILAKUKAN DENGAN BEBERAPA CARA:
1. Mineral tester – lampu akan menyala lebih terang jika diuji pada air zamzam berbanding air mineral dan lain-lain
2. PH tester – Bacaan PH air zamzam sekitar 7.5-8.5
3. TDS tester – menguji kandungan benda larut dalam air. Bacaan air zamzam sekitar 300 lebih.
3. MENGAPA PENGEDARAN AIR ZAMZAM DI MALAYSIA WAJAR DILAKSANAKAN:
1. Tidak semua pengguna air zamzam mampu untuk pergi ke Mekah hanya untuk mendapatkan air zamzam.
2. Ramai pelanggan yang menghidap penyakit sangat memerlukan air zamzam sebagai rawatan alternatif.
3. Air zamzam adalah kurniaan Allah yang sewajarnya dapat dinikmati manusia tidak kira taraf dan kekayaan seseorang (kalau air zamzam tak boleh diedarkan, hanya orang yang mampu ke Mekah boleh minum air zamzam)
Kami mengedar air zamzam bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Bagi kami usaha ini lebih kepada perkhidmatan bertujuan membantu pengguna rakyat Malaysia khususnya yang sangat memerlukan kebaikan air zam zam mendapatkan air tersebut dengan mudah.
4. CADANGAN
Saya ingin mencadangkan agar larangan tidak dibuat secara total, sebaliknya:
i. Kemasukan air zamzam ke Malaysia dikawal dengan pewujudan badan/unit yang akan membuat pengujian bagi memastikan air zamzam benar-benar asli, atau
ii. Melantik syarikat tunggal yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti dan pengalaman luas untuk membeli air zamzam terus dari kilang di Arab Saudi, mengurus membawa masuk ke Malaysia dan membenarkan pengedaran dengan mewujudkan lesen melalui pengedar-pengedar di Malaysia.
Jika cadangan ini diterima, rakyat Malaysia dapat menikmati kebaikan air zamzam tanpa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Harap pihak KKM pertimbang semula keputusan larangan. Ini bukan soal keuntungan, ini soal kesihatan dan pemakanan sihat rakyat Malaysia.
Sebarang maklumbalas boleh diajukan kepada saya.
Sekian, terima kasih,
Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa
Email: muhaimin@zam-zam.my
Call / SMS / Whatsapp: 0122302158

2 thoughts on “Permohonan Pertimbangan Semula Larangan Jualan Air Zam-Zam

  1. Ape kata kita doakan dalang pengharaman air zam zam ini dilaknat Allah atas cubaan dia menyusahkan Muslim mengamalkan sunnah..

  2. Hina betul diberi sedikit kuasa atas dunia ini.. Dia haramkan ZamZam..

    ALCOHOL dibiar merata mudah dicapai..

    Semoga Allah melaknat mereka yg terlibat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *