Subhanallah! Saintis Jepun Menemui Fakta Air Zam-zam Sangat Mengagumkan

Subhanallah! Saintis Jepun Menemui Fakta Air Zam-zam Sangat Mengagumkan

Saintis Jepun ini teropong air zam zam bawah mikroskop sendiri. Dia terkejut tengok bentuk kristal air paling cantik dia pernah tengok antara semua air! KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.”Ternyata, air boleh ‘mendengar, membaca dan memahami’ kata dan doa,” katanya.

Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan ‘kehebatannya’.Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan. Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.

Subhanallah

Tagged with: , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*