Antara keistimewaan dan kelebihan air zam-zam seperti dalam buku Fadhlu Ma’Zam-Zam :
- Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak menandakan kemuliaannya. Dalam Taj Al-Arus dinukilkan daripada Ibn Birri terdapat 12 nama air zam-zam.
- Air zam-zam sebaik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air.
- Zam-zam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Al-Musannaf. Imam Al-Nawawi berkata pendapat yang sah bahawa mengikut zahirnya ia daripada syurga.
- Air zam-zam hasil kurniaan Allah yang utama kepada kekasihnya Nabi Ibrahim.
- Air zam-zam sebagai tanda yang nyata kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah pendapat Imam Ibn Al-Daiba’ Al-Syaibani.
- Air zam-zam terbukti mujarab doa samada sembuh daripada penyakit dan lain-lain.
Telah diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abbas, Abdullah Ibn Amr Ibn al-A’s, Abdullah Ibn Umar dan Mua’wiyah:
“Air Zam-zam mengikut apa yang diniat ketika meminumnya.” Al-Hafiz Ibn Hajar berkata : Tafsir hadith ini boleh ditafsirkan dengan penambahan hadith Ibn Abbas iaitu :
“Jika kamu meminumnya untuk sembuh nescaya Allah menyembuhkan kamu. Begitulah seterusnya mengikut niat seseorang.”
sumber: airzamzampower.blogspot.com