Mana boleh jual air zam-zam?

Mana boleh jual air zam-zam? Kenapa tidak?

Sejak tahun 2013 Zam-Zam.my mula membekal dan mengedar air zam-zam kepada rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura secara runcit dan borong. Perkhidmatan yang ditawarkan secara self pickup, free delivery di KL/Putrajaya, dan pos via GDex/Citylink.

Antara pelanggan-pelanggan yang membeli (perkhidmatan) air zam zam dari Zam-Zam.my:
1. Pengamal sunnah Rasulullah – pengguna ini mengamalkan peminuman air zamzam setiap hari.
2. Penghidap penyakit seperti kanser, hati, strok dan banyak lagi – ada yang kanser tahap 4. Ada juga yang minum air zamzam ini kerana ada gangguan.
3. Bayi dan anak kecil menggantikan susu ibu.
4. Syarikat yang menghasilkan produk kesihatan.
5. Pengedar runcit kedai makanan sunnah/kesihatan.
6. Pegguna sendiri.
7. Pelajar sekolah-sekolah biasa/tahfiz.
8. Syarikat pengurusan umrah & haji.
9. Ibu-ibu yang mengandung dan baru bersalin.
10. Sumbangan sempena bulan Ramadhan/Syawal.
11. Sumbangan sempena menghadapi peperiksaan.
dan lain-lain.

Sehingga hari ini Zam-Zam.my mempunyai puluhan pengguna tetap yang beli secara berkala.

Kami sering diajukan soalan seperti berikut:

“Asli ke air zamzam ni?”

“Bagaimana nak kenalpasti air zamzam ni tulen?”

“Macam mana boleh bawa masuk Malaysia sedangkan kerajaan Arab tak benarkan penjualan air zamzam?”

“Dapat dari mana”

“Confirm tiada campuran?”

Izinkan saya menjawab semua soalan di atas ya, pertama sekali, pihak Zam-Zam.my mendapatkan air zamzam dari sumber yang sah iaitu melalui syarikat logistik yang menguruskan penghantaran barang-barang jemaah haji/umrah. Syarikat ini juga menawarkan servis bawa pulang air zamzam. Jadi, syarikat ini ada kebenaran untuk bawa masuk air zamzam dengan quota yang dibenarkan untuk tujuan pengedaran. Syarikat yang dimaksudkan ialah Sas Hajj Services Sdn Bhd dan Syah Cargo & Forwading Sdn Bhd.

Syarikat-syarikat ini bekerjasama dengan beberapa syarikat antaranya Arab Rabel Cargo (syarikat cargo Arab), Sky Net Express (M) Sdn Bhd (syarikat courier di Malaysia) dan hotel Saraya Hotel Arab.

Bagi menjawab soalan bagaimana mengenalpasti keaslian air zamzam pula, Zam-Zam.my dilengkapi dengan 3 peralatan penguji. Ujian air zamzam boleh dilakukan dengan beberapa cara:
1. Mineral tester – lihat demo video di main page Zam-Zam.my

2. PH tester – ada dijual di farmasi/kedai akuarium. Bacaan PH air zamzam sekitar 8.1-8.5

3. TDS tester – menguji kandungan benda larut dalam air. Bacaan air zamzam sekitar 300 lebih.

Jika dibandingkan dengan air mineral, air paip, air masak, air kangen (air alkali), air zamzam memang berbeza kerana kelebihannya mempunyao kandungan alkali dan mineral yang tinggi.

Zam-Zam.my memastikan air zamzam benar-benar tulen sebelum diedarkan.

Oleh itu, kami tetap terus berazam untuk meneruskan pengedaran air zam zam di Malaysia kerana:
1. Bukan semua pelanggan kami mampu untuk pergi ke Mekah hanya untuk mendapatkan air zamzam.
2. Ramai pelanggan yang menghidap penyakit kronik sangat memerlukan air zamzam.
3. Air zamzam adalah kurniaan Allah yang sewajarnya dapat dinikmati manusia tidak kira taraf dan kekayaan seseorang (kalau air zamzam tak boleh diedarkan, hanya orang yang mampu ke Mekah boleh minum air zamzam)

Kami mengedar air zamzam bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga membantu pengguna rakyat Malaysia khususnya yang sangat memerlukan kebaikan air zam zam.

Dapatkan air zam-zam dari Zam-Zam.my
Call/SMS/Whatsapp Muhaimin 012 230 2158

Wassalam 🙂

Posted in Beli Air Zam Zam, Informasi Tagged with: , , , , , , , , , , , ,
4 comments on “Mana boleh jual air zam-zam?
  1. Farah zarifah says:

    Maaf nak tanya. Ayah sy ade membuat kiriman air zam zam dr madinah.
    Track no. 238299170115
    X de dlm record tracking. Atau saya yg silap. Tlg beri penjelasan atau penerangan.

  2. Assalamualaikum Encik Muhaimin,

    Salam dan Saya sungguh tetarik dengan pekenalan keaslian Air Zam Zam di video Facebook ini. Ia sungguh menajukan dengan kebesaran Allahu SWT dengan Air Zam Zam ini dan ia adalah Benar. Soalan : Bagaimana saya ingin menjadi pengedar sendirian dan Saya menetap Singapura di Singapura. Harap jelaskan di email dan bagaimana Saya bolih joint the group of distributor from Zam-Zam.My from Singapore. Wasallam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*