Mengapa Zam-Zam.my Masih Mengedar Air Zam Zam?

Assalamualaikum wbt,

Sejak tahun 2013 kami mula beroperasi mengedar air zam-zam kepada rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sehingga hari ini, pelbagai pengalaman menarik yang kami hadapi sepanjang tempoh tersebut.

minum air zam zam

Pelanggan-pelanggan yang mengambil air zam zam dari kami terdiri daripada:
1. Pengamal sunnah Rasulullah
2. Penghidap penyakit seperti kanser, hati, strok dan banyak lagi
3. Bayi dan anak kecil
4. Syarikat yang menghasilkan produk kesihatan
5. Pengedar runcit
6. Pegguna sendiri
7. Sekolah-sekolah tahfiz
8. Syarikat pengurusan umrah & haji
9. Ibu-ibu yang mengandung dan baru bersalin
dan lain-lain.

Namun akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes pemalsuan air zamzam dan saya tidak nafikan, pihak Zam-zam.my juga pernah jumpa air zamzam yang palsu (selepas kami lakukan ujian).

Terdapat juga berita (tidak pasti kesahihannya) yang mengatakan negara Arab tidak pernah eksport air zamzam. Mungkin memang benar negara Arab tidak mengeksport air zam-zam tetapi memang wujud banyak syarikat-syarikat kecil dan besar yang mengambil air zamzam dari Mekah. Syarikat-syarikat ini selalunya terdiri daripada syarikat umrah, syarikat haji dan syarikat pelancongan. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dan ramai kenalan di Mekah, mudah bagi mereka membuat urusan bawa pulang air zamzam ke Malaysia.

Kami juga akan menguji air zamzam secara rawak setiap kali ambil stok di gudang. Ujian air zamzam boleh dilakukan dengan beberapa cara:
1. Rasa sendiri dengan lidah – Sesiapa yang pernah minum air zamzam akan tahu bagaimana rasanya
2. Mineral tester
3. PH tester – ada dijual di farmasi/kedai akuarium. Bacaan PH air zamzam sekitar 8
4. Water tester

Bagi kami, memastikan air zamzam benar-benar tulen sebelum diedarkan adalah tanggungjawab kami.

Oleh itu, kami tetap terus berazam untuk meneruskan pengedaran air zam zam di Malaysia kerana:
1. Bukan semua pelanggan kami mampu untuk pergi ke Mekah hanya untuk mendapatkan air zamzam.
2. Ramai pelanggan yang menghidap penyakit kronik sangat memerlukan air zamzam.

Kami mengedar air zamzam bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi membantu golongan rakyat Malaysia yang sangat memerlukan air zam zam

Wassalam 🙂

Tagged with: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*