Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don

Air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami. Boleh start minum 30 minggu ke atas 2 kali sehari. Apa itu Air Selusuh?Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.Cara nak buat air selusuh setelah saya tanya-tanya orang dan baca di dalam web ada pelbagai cara untuk membuatnya.Ada diantaranya minum air yang dibacakan ayat-ayat al-quran,ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan,dan ada juga disuruh baca ayat-ayat jampi serapah dan macam-macam lagi.Tapi,tujuanya tetap sama iaitu air untuk memudahkan wanita bersalin.
Nama Ustaz Don memang tak asing lagi di Malaysia khususnya di TV-Alhijrah. Dengan loghat utara yang pekat, Ustaz Don berjaya mengikat hati penonton program 30 Minit Bersama Ustaz Don.
Dan bagi golongan bakal Ibu dan bapa yang menantikan kelahiran anak, Ustaz Don dengan senang hati berkongsi cara buat air selusuh sendiri di Majalah WANITA keluaran JUN 2014. Ternyata, Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don ini.
doa air selusuh
Gambar Kredit- Page Ustaz Don DDaniyal Don Biyajid: Solat & Selawat
Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:

1. Langkah Pertama

Surah Al-Fatihah (1X)

2. Langkah Kedua

Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24
Terjemahan Ayat 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Terjemahan Ayat 22:
Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Terjemahan Ayat 23:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Terjemahan Ayat 24:
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Langkah Ketiga

Selawat Syifa’

selawat_syifa
Selawat Syifa

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh
Terjemahannya:
” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Langkah Kelima

Terjemahannya:

“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa

Mengikut cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18 Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat air selusuh sebenarnya.
Ustaz Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja pada perut beliau sebelum bersalin.
Alhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat dan di permudahkan proses kelahirannya nanti.

sumber: semulajaditerbaik.blogspot.com

Tagged with: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
One comment on “Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don
  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Cara buat air selusuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*