Assalamualaikum wbt,
Akhir-akhir ini ramai pengguna yang mempersoalkan keaslian air zam zam sebelum membeli dari pihak kami. Kami tidak salahkan mereka kerana itu hak mereka sebagai pengguna. Pihak Zam-Zam.my juga akan menguji secara rawak setiap kali kami ambil stok baru. Tindakan pengguna bertanya tentang keaslian air zamzam adalah tepat kerana pihak Zam-Zam.my sendiri pernah menjumpai air zamzam palsu di sebuah kedai di Shah Alam. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan air zamzam benar-benar asli sebelum kami edarkan kepada pengguna.
Melihat serius masalah ini, kepada semua pelanggan dan pembaca Zam-Zam.my, jika anda pernah membeli air zamzam dan merasa ragu-ragu tentang keasliannya, kami ingin menawarkan pengujian secara percuma jika air tersebut masih ada. Pengujian akan dijalankan menggunakan mineral tester dan akan dibandingkan dengan air-air lain agar perbezaan dapat dilihat.
Jika anda berminat untuk menguji air zamzam anda, hubungi/SMS/whatsapp kami di 012 230 2158 (Min) dan pengujian akan dilakukan di area Putrajaya/Kuala Lumpur.
Diharap dengan cara ini dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia mendapatkan air zamzam tulen, insyaAllah 🙂
Nota: Jika anda ingin menguji sendiri air zamzam, boleh uji menggunakan PH tester, bacaan air zamzam sekitar 8 (alkali)
Adakah air zam zam tulen bila dibubuh cairan iodine akan tetap sama warnanya?
Maaf botol 10 lit dng label yg sama telah diedarkan di singapura tapi bila dibubuh potasium permanganate( cairan antiseptic) maka warna air berubah…minta kepastian dari pihak anda..