Sijil Analisa Ujian Air Zamzam

Pihak Zam-Zam.my mendapatkan air zamzam melalui syarikat logistik yang membawa pulang barang-barang jemaah umrah dan haji. Syarikat ini juga menawarkan servis membawa pulang air zamzam ekstra.

Selain membuat pengujian semasa mengambil stok, pihak Zam-Zam.my juga memastikan syarikat pembekal menguji dan melaksanakan analisa kandungan air zamzam. Dilampirkan bersama adalah sijil analisa kandungan sampel air zamzam yang dibawa oleh syarikat pembekal:

Keputusan sijil analisa ini mendapati sampel air zamzam yang diuji mempunyai kandungan PH alkali, dan kandungan mineral Calcium, Magnesium, Total Dissolve Solids (TDS), Sodium dan Potassium yang tinggi. Seperti yang kita sedia maklum air zamzam mengandungi PH alkali dan mineral yang tinggi. Boleh disimpulkan bahawa air zamzam yang diuji ini benar-benar tulen dan asli insyaAllah. Ini antara usaha-usaha memastikan bekalan air zamzam yang dibawa masuk tulen.

Nota: Beberapa maklumat dalam sijil ini kami terpaksa tidak dedahkan kerana privasi.

Tagged with: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*