Tabung Haji Galakkan Jemaah Haji Guna Khidmat Pos Di Madinah & Mekah

Tabung Haji Galakkan Jemaah Haji Guna Khidmat Pos Di Madinah & Mekah | Zam-Zam.my – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menggalakkan jemaah haji menggunakan khidmat pengeposan yang telah disediakan sama ada di Madinah mahupun Mekah.

Pengurus Unit Khidmat Luar 1438 Hijrah, Mohd Lotfi Kassim berkata, jemaah memang digalakkan menghantar barangan dibeli di Madinah atau Makkah lebih awal ke tanah air.

Katanya, itu boleh mengelakkan jemaah daripada terpaksa membawa dan menjaga barangan berkenaan hingga menjejaskan tumpuan ibadat.

“Tahun ini, Tabung Haji melantik empat syarikat vendor untuk khidmat pengeposan bagasi iaitu Pos Malaysia, Nationwide, Shah Kargo Forwarding serta Koperasi TH sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kadar bayaran ditetapkan ialah SR16 (RM18.25) bagi setiap kilogram bagasi yang dikirim ke Semenanjung dan SR20 (RM22.81) bagi Sabah dan Sarawak tidak termasuk harga kotak berdasarkan pilihan jemaah yang bersaiz kecil, sederhana dan besar.

Katanya, bagi pengiriman bekalan air zamzam seberat 10 liter pula, kadar dikenakan untuk pembelian dan penghantaran ialah SR130 (RM148.28) bagi Semenanjung dan SR150 (RM171.09) bagi Sabah dan Sarawak.

Kata Mohd. Lotfi, bagi musim haji kali ini, pengurusan Tabung Haji sudah menetapkan setiap jemaah hanya dihadkan pembelian satu botol air zamzam 10 liter.

Beritahunya lagi, pada musim haji 2016, pihaknya merekodkan sebanyak 335,000 kilogram atau 335 tan metrik barangan yang dihantar jemaah ke tanah air. – UTUSAN

sumber: Suara TV

Tagged with: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*