Masih ramai yang mempersoalkan hukum mengedarkan air zam zam dan mengambil upahnya. Kami pihak zam-zam.my telah membuat kajian menyeluruh sebelum memulakan perniagaan air zamzam. Berikut merupakan sumber-sumber yang membenarkan pengedaran air zam-zam.
Huraian Tajuk/Isu:
Apakah hukum menjual dan membeli air zam zam al-Mubarak
Keputusan:
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memperhalusi dalam perkara di atas didapati bahawa tidak ada larangan atau tegahan dari syarak mengenai penjualan air zam zam. Oleh yang demikian Jawatankuasa Negeri Terengganu berpendapat tiada halangan bagi sesiapa yang memilikinya untuk menjualnya.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menjual-dan-membeli-air-zam-zam-al-mubarak-0
Hukum berjual beli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.
Antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.
Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:
Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.
Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mngenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :
اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ
Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”
Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.
Wallahua’lam.
sumber: airzamzam1.blogspot.com
Berapa harga borong
Assalamualaikum Pak Sheikh,
Terima kasih kerana menulis.
Harga borong adalah seperti di bawah:
5-9 botol – RM100/botol
10-29 botol – RM90/botol
30-49 botol – RM85/botol
lebih 50 botol – RM80/botol
Jika lebih 50 boleh runding ya. Hubungi Muhaimin, email muhaimin[at]zam-zam.my, call/sms/whatsapp 012 230 21 58
Terima kasih,
Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa
Email: muhaimin@zam-zam.my
Call / SMS / Whatsapp: +6012 230 2158
Website: http://zam-zam.my
Facebook: http://www.facebook.com/PengedarAirZamZam
bagaimana pula kalau air zam2 yang dijual harganya sangat tidak berpatutan?sedangkan air zam2 boleh didapati dengan percuma di Mekah.
assalamualaikum, saya membeli air zam zam di dungun terengganu dgn harga yg agak mahal iaitu rm135/botol…di mana saya boleh dapatkan dgn harga yg lebih murah?